Khas Untuk Keluarga Besar & Buddies Healing
Nikmati kolam renang persendirian, suasana kampung yang tenang dan momen berkualiti bersama keluarga di Casa Idaman Batu Pahat.
🔒 Tempahan pantas & terus melalui WhatsApp.
Plan nak kumpul satu keluarga besar ni memang best, tapi bila bab cari tempat penginapan, mula lah pening kepala...
Kolam renang awam terlalu ramai. Anak-anak nak mandi pun kena berhimpit. Mak-mak pula rasa segan nak mandi sekali sebab bercampur dengan orang luar.
Masa mandi kolam terhad. Baru nak seronok, guard dah tiup wisel suruh naik sebab kolam tutup pukul 7 malam.
Sewa hotel pecah-pecah bilik. Nak kumpul borak malam-malam pun susah. Akhirnya semua terperuk dalam bilik masing-masing. Hilang 'feel' family day.
Anda bazirkan duit yang banyak untuk percutian yang langsung tak bagi kepuasan. Anda rugi masa merancang berbulan-bulan, tapi bila sampai sana, anak-anak merungut tak puas mandi, mak ayah penat tak dapat rehat dengan selesa, dan memori 'Family Day' yang sepatutnya indah bertukar jadi sesuatu yang memenatkan.
Takkan nak biarkan percutian yang ditunggu-tunggu hancur macam tu je?
Privasi
100% Terjamin
Kami menyediakan sebuah homestay 5 bilik yang luas, lengkap dengan Private Swimming Pool di dalam kawasan yang berpagar. Khas untuk anda yang mencari ketenangan dan privasi maksimum bersama keluarga atau kawan-kawan.
"Dengan Homestay Casa Idaman, anda boleh mandi kolam renang pada bila-bila masa, ber-BBQ dan berkaraoke bersama keluarga sendiri tanpa perlu risau berkongsi kemudahan atau diganggu oleh orang luar."
(Gambar sebenar tanpa filter. Klik pada gambar untuk saiz penuh)
Ruang Tamu Luas
Private Pool
Kawasan BBQ
Dapur Lengkap
Bilik Air Bersih
Halaman Luas
Bilik Utama Sangat Luas
Tiada had masa, tiada perkongsian dengan orang luar. Anda dan keluarga bebas mandi pada bila-bila masa dengan privasi total. Sangat mesra muslimah.
Ruang yang sangat luas untuk keluarga besar. Semua orang dapat tidur selesa tanpa perlu berhimpit atau tidur di lantai.
Disediakan set karaoke, Android TV, dan kawasan BBQ khas. Tak bosan duduk homestay, aktiviti malam penuh dengan gelak ketawa.
Ada kolam khas kanak-kanak dan halaman berpagar yang luas. Mak ayah boleh rehat dengan tenang sambil perhatikan anak bermain dengan selamat.
Dapur memasak lengkap, mesin basuh, water dispenser, dan peti sejuk. Jimat kos tak perlu selalu makan luar.
Healing jauh dari jem bandar, tapi dekat dengan fasiliti (MRSM, 99 Speedmart, kedai makan). Senang nak beli barang keperluan!
Klik Butang Tempah
Pilih Tarikh Anda
Buat Bayaran Online
Bawa Family Datang!
Jangan dengar cakap kami, lihat sendiri pengalaman mereka yang dah bawa keluarga healing di Casa Idaman.
Tapi untuk tempahan hari ini, anda hanya bayar:
semalaman untuk SATU KELUARGA BESAR!
(Hanya RM170 je satu bilik. Sangat berbaloi!)
Nota Penting Semasa Pembayaran:
Sila pastikan anda maklumkan admin tentang "Deposit Keselamatan" semasa membuat tempahan nanti. Deposit ini akan dipulangkan semula (refundable) sepenuhnya dalam tempoh 24 jam selepas check-out sekiranya tiada kerosakan atau pelanggaran syarat homestay.
Klik butang di atas untuk terus WhatsApp kami bagi tujuan tempahan.
PERHATIAN: Tarikh hujung minggu dan cuti sekolah sangat cepat penuh!
Kami hanya menerima SATU tempahan untuk satu malam bagi menjamin privasi.
Sila semak kalendar di bawah untuk tarikh yang masih available.
Waktu Check-In adalah pada jam 3:00 Petang dan waktu Check-Out adalah pada jam 12:00 Tengah hari.
Kapasiti tetamu dibenarkan adalah untuk satu kumpulan keluarga besar/rakan sahaja. Tiada perkongsian homestay dengan orang luar.
Setiap tempahan perlu disertakan dengan deposit keselamatan yang berjumlah RM300 bagi menjamin keselamatan fasiliti homestay.
Bagi menjaga kebersihan serta menghormati sensitiviti agama, tetamu adalah tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan seperti anjing, kucing dan seumpamanya ke dalam kawasan homestay.
Tetamu adalah tidak dibenarkan membawa masuk atau mengambil minuman beralkohol serta makanan yang tidak halal, termasuk produk berasaskan daging babi.
Demi keselesaan dan keselamatan semua tetamu, aktiviti merokok dan vaping adalah tidak dibenarkan di dalam homestay serta di kawasan kolam renang.
Bagi memastikan kebersihan kolam sentiasa terjaga, tetamu adalah tidak dibenarkan makan, minum, membuang najis, menggunakan sabun atau syampu di dalam kolam renang.
Tetamu hendaklah menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan cermat dan bertanggungjawab. Sebarang kerosakan, pecah, koyak atau kehilangan harta benda dan kemudahan homestay yang berpunca daripada kecuaian tetamu boleh dicaj oleh pihak pengurusan.
Deposit keselamatan boleh ditahan sebahagian atau sepenuhnya sekiranya berlaku pelanggaran peraturan, kerosakan, kehilangan harta benda atau keadaan yang memerlukan kos pembersihan tambahan.
HOMESTAY CASA IDAMAN
Masih ada persoalan yang tidak terjawab di atas?
WhatsApp AdminPilih keselesaan. Pilih privasi. Bayangkan senyuman anak-anak dapat mandi kolam sampai puas, dan mak ayah dapat berborak santai sambil makan BBQ. Klik butang di bawah untuk kunci tarikh anda sebelum orang lain booking tarikh yang sama!
Tempah Casa Idaman SekarangTempahan diuruskan secara terus dan pantas melalui WhatsApp.
Terokai setiap sudut homestay kami dengan susunan interaktif yang moden. Klik gambar untuk paparan penuh.
Pilih Kategori Galeri
Harga Promo
RM 850/mlm